Tuesday, December 15, 2015

Apa Selepas PT3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 3 yang dah dapat result PT3 semalam. Macam mana? Kalau rasa x ok, xpa, itu bukan satu pengakhiran tetapi sebuah lagi permulaan untuk perjalanan yang baru.

Berdasarkan keputusan PT3 itu, pilihlah aliran yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Masing-masing sudah ada keputusan ujian Psikometrik dengan kod 3 mata Holland kan? Jadi, semak semula kod tersebut dan carilah diri anda, minat anda berdasarkan kod itu.

Saya mohon, jangan ikut-ikut kawan. Kawan-kawan nak ambil aliran sains, tukar sekolah lain, anda juga nak turut serta tanpa memikirkan minat dan kemampuan diri. Ukurlah baju di badan sendiri ya. Kalau ukur di badan orang lain, saiznya lain, takut besar gedoboh atau senteng pulak. Hahahahaa..

Jika anda inginkan sebarang konsultasi, cikgu bersedia untuk cuba menjawab sebaik yang mungkin. Ingat, pilih aliran mengikut minat dan cita-cita kita. Bukannya ikut-ikutan ya. :)

Thursday, December 10, 2015

Kamus Mini Pekerjaan (KONVENSIONAL)

KONVENSIONAL

Agen Tempahan
Agen Tiket
Agen Kargo
Ahli Ekonomi
Akauntan
Penganalisis Data
Guru Perdagangan
Inspektor Kastam
Juru Bank
Arkitek Sistem
Pengurus Keselamatan Data
Juruwang
Kerani Operator Komputer

Kamus Mini Pekerjaan (ENTERPRISING)

ENTERPRISING

Agen Hartanah
Agen Pelancongan
Akauntan Percukaian
Agen Insuran
Jurujual
Jurulelong
Pengusaha Agensi Pelancongan
Penasihat Kewangan
Konsultan Keselamatan
Konsultan Komunikasi
Kontraktor
Kontraktor Landskap
Pakar Analisis Perniagaan

Kamus Mini Pekerjaan (SOSIAL)

SOSIAL

Pegawai Pembangunan Masyarakat
Ahli Sains Politik
Ahli Sejarah
Ahli Sosiologi
Aktivis
Diplomat
Guru

Kamus Mini Pekerjaan (ARTISTIK)

ARTISTIK

Ahli Akrobatik
Ahli Bahasa
Ahli Ilustrasi 
Ahli Silap Mata
Arkitek
Arkitek Landskap
Pereka Batik
Editor Cerita
Ekuesterian

Kamus Mini Pekerjaan (INVESTIGATIF)

INVESTIGATIF


Ahli Antropologi
Ahli Biokimia
Ahli Botani
Ahli Ekonomi
Ahli Falak
Ahli Farmasi
Ahli Fisiologi
Ahli Kaji Bumi
Ahli Kaji Cuaca
Ahli Makmal Perubatan
Ahli Matematik
Ahli Sains Marin
Angkasawan


Sunday, December 6, 2015

Kamus Mini Pekerjaan (REALISTIK)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk pos kali ini saya nak fokuskan kepada senarai pekerjaan untuk membantu anda semua yang sedang mencari cita-cita tu. Senarai ini bukanlah senarai yang lengkap tetapi pada saya agak memadailah untuk membantu anda untuk mula meneroka pekerjaan tersebut dengan lebih lanjut.

Pekerjaan ini juga ada pelbagai dan saya sarankan anda ambil dahulu ujian-ujian kerjaya yang ada. Dalam post sebelum ini juga saya ada beri link untuk anda jawab inventori SDS dalam bahasa Inggeris. Jadi, manfaatkan. Saya akan beri senarai pekerjaan ini berdasarkan kod mata Holland juga bagi memudahkan anda membuat rujukan ya. Insha Allah saya akan sertakan sekali link yang dapat supaya anda terus dapat akses kepada pekerjaan yang saya senaraikan nanti. Selamat meneroka! :)