Tuesday, December 15, 2015

Apa Selepas PT3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 3 yang dah dapat result PT3 semalam. Macam mana? Kalau rasa x ok, xpa, itu bukan satu pengakhiran tetapi sebuah lagi permulaan untuk perjalanan yang baru.

Berdasarkan keputusan PT3 itu, pilihlah aliran yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Masing-masing sudah ada keputusan ujian Psikometrik dengan kod 3 mata Holland kan? Jadi, semak semula kod tersebut dan carilah diri anda, minat anda berdasarkan kod itu.

Saya mohon, jangan ikut-ikut kawan. Kawan-kawan nak ambil aliran sains, tukar sekolah lain, anda juga nak turut serta tanpa memikirkan minat dan kemampuan diri. Ukurlah baju di badan sendiri ya. Kalau ukur di badan orang lain, saiznya lain, takut besar gedoboh atau senteng pulak. Hahahahaa..

Jika anda inginkan sebarang konsultasi, cikgu bersedia untuk cuba menjawab sebaik yang mungkin. Ingat, pilih aliran mengikut minat dan cita-cita kita. Bukannya ikut-ikutan ya. :)

No comments:

Post a Comment