Monday, November 30, 2015

Assalamualaikum

Salam perkenalan dan selamat datang ke blog Celik Kerjaya. Insha Allah blog ini akan memberikan info berguna berkaitan alat-alat pengukuran kerjaya, maklumat berkaitan kerjaya dan kepentingan mengapa perlu pengetahuan berkenaan kerjaya.

Pemerhatian saya secara kasar sebagai seorang guru kaunseling selama beberapa tahun mendapati perancangan kerjaya dan hala tuju kerjaya para pelajar kita amat menyedihkan. Jadi, terdapat keperluan untuk saya mengambil peluang ini untuk memberikan maklumat-maklumat penting berkaitan kerjaya sebagai agenda 'Buka Mata' untuk para pelajar selain platform untuk tugasan Kaunseling Kerjaya saya. Nantikan pos-pos saya berkaitan kerjaya kelak ya!

 -Cikgu Aimi-

No comments:

Post a Comment