Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 3 yang dah dapat result PT3 semalam. Macam mana? Kalau rasa x ok, xpa, itu bukan satu pengakhiran tetapi sebuah lagi permulaan untuk perjalanan yang baru.
Berdasarkan keputusan PT3 itu, pilihlah aliran yang anda rasa sesuai dengan diri anda. Masing-masing sudah ada keputusan ujian Psikometrik dengan kod 3 mata Holland kan? Jadi, semak semula kod tersebut dan carilah diri anda, minat anda berdasarkan kod itu.
Saya mohon, jangan ikut-ikut kawan. Kawan-kawan nak ambil aliran sains, tukar sekolah lain, anda juga nak turut serta tanpa memikirkan minat dan kemampuan diri. Ukurlah baju di badan sendiri ya. Kalau ukur di badan orang lain, saiznya lain, takut besar gedoboh atau senteng pulak. Hahahahaa..
Jika anda inginkan sebarang konsultasi, cikgu bersedia untuk cuba menjawab sebaik yang mungkin. Ingat, pilih aliran mengikut minat dan cita-cita kita. Bukannya ikut-ikutan ya. :)
Tuesday, December 15, 2015
Thursday, December 10, 2015
Kamus Mini Pekerjaan (KONVENSIONAL)
KONVENSIONAL
Agen Tempahan |
Agen Tiket |
Agen Kargo |
Ahli Ekonomi |
Akauntan |
Penganalisis Data |
Guru Perdagangan |
Inspektor Kastam |
Juru Bank |
Arkitek Sistem |
Pengurus Keselamatan Data |
Juruwang |
Kerani Operator Komputer |
Kamus Mini Pekerjaan (ENTERPRISING)
ENTERPRISING
Agen Hartanah |
Agen Pelancongan |
Akauntan Percukaian |
Agen Insuran |
Jurujual |
Jurulelong |
Pengusaha Agensi Pelancongan |
Penasihat Kewangan |
Konsultan Keselamatan |
Konsultan Komunikasi |
Kontraktor |
Kontraktor Landskap |
Pakar Analisis Perniagaan |
Kamus Mini Pekerjaan (SOSIAL)
SOSIAL
Pegawai Pembangunan Masyarakat |
Ahli Sains Politik |
Ahli Sejarah |
Ahli Sosiologi |
Aktivis |
Diplomat |
Guru |
Kamus Mini Pekerjaan (ARTISTIK)
ARTISTIK
Ahli Akrobatik |
Ahli Bahasa |
Ahli Ilustrasi |
Ahli Silap Mata |
Arkitek |
Arkitek Landskap |
Pereka Batik |
Editor Cerita |
Ekuesterian |
Kamus Mini Pekerjaan (INVESTIGATIF)
INVESTIGATIF
Ahli Antropologi |
Ahli Biokimia |
Ahli Botani |
Ahli Ekonomi |
Ahli Falak |
Ahli Farmasi |
Ahli Fisiologi |
Ahli Kaji Bumi |
Ahli Kaji Cuaca |
Ahli Makmal Perubatan |
Ahli Matematik |
Ahli Sains Marin |
Angkasawan |
Sunday, December 6, 2015
Kamus Mini Pekerjaan (REALISTIK)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Untuk pos kali ini saya nak fokuskan kepada senarai pekerjaan untuk membantu anda semua yang sedang mencari cita-cita tu. Senarai ini bukanlah senarai yang lengkap tetapi pada saya agak memadailah untuk membantu anda untuk mula meneroka pekerjaan tersebut dengan lebih lanjut.
Pekerjaan ini juga ada pelbagai dan saya sarankan anda ambil dahulu ujian-ujian kerjaya yang ada. Dalam post sebelum ini juga saya ada beri link untuk anda jawab inventori SDS dalam bahasa Inggeris. Jadi, manfaatkan. Saya akan beri senarai pekerjaan ini berdasarkan kod mata Holland juga bagi memudahkan anda membuat rujukan ya. Insha Allah saya akan sertakan sekali link yang dapat supaya anda terus dapat akses kepada pekerjaan yang saya senaraikan nanti. Selamat meneroka! :)

Ujian Kerjaya
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kali ini saya nak beri maklumat berkaitan ujian kerjaya. Saya yakin dan percaya para pelajar menengah rendah terutamanya lepasan PT3 sudahpun menjalani ujian Psikometrik dan mendapatkan kod 3 mata Holland anda tu kan? Jadi, kita gunakan bahan secara interaktif. Kerana bahan ini saya dan rakan-rakan juga yang bangunkan pengisiannya tu.
Jika anda sudahpun mempunyai kod 3 mata Holland dan ingin menyemak pekerjaan yang sesuai dengan kod-kod yang anda dapati, anda boleh layari riasek.com.
Mudah saja. Klik pada link yang saya berikan itu dan anda akan dapat akses terus ke laman sesawang yang saya maksudkan. 'Interface' laman web tu lebih menarik kerana custom made..hehehehe... Anda boleh teroka semua senarai pekerjaan.
Untuk yang masih belum mempunyai kod 3 mata Holland, jangan sedih, jangan menangis. Saya sediakan juga link terus untuk anda menjawab secara atas talian ya. Tetapi ini versi Bahasa Inggeris. Jika anda tidak faham, anda boleh tinggalkan soalan di komen ataupun ruang chat di bahagian kanan blog ini ya. Insha Allah saya akan cuba jawab soalan-soalan anda secepat mungkin :)
Link SDS online disini. Terus tekan start ya..

Senarai Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia
Berikut merupakan senarai Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang dirujuk secara langsung daripada laman sesawang Jabatan Pendidikan Tinggi. Anda bole klik pada nama kolej untuk akses kepada laman sesawang mereka (jika ada).
Harus juga diingatkan untuk anda yang berminat melanjutkan pengajian ke institusi ini untuk menyemak semula kursus yang anda pilih di laman web Lembaga Akreditasi Negara (MQA) bagi membolehkan anda mengetahui sama ada kursus yang anda ambil itu diiktiraf ataupun tidak.
- ACE College
- AIMST University
- Akademi Digital Animasi Dan Media
- Akademi HELP
- Akademi IMH
- Akademi Kejururawatan Tung Shin
- Akademi Kewartawanan & Komunikasi Hanxing
- Akademi Kreatif
- Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific
- Akademi Laut Malaysia (ALAM)
- Akademi Perbankan Malaysia
- Akademi Profesional UCSI
- Akademi Seni & Muzik Yamaha
- Akademi Seni Lukis Dasein (Dasein Academy of Art)
- Al-Madinah International University (MEDIU)
- Asia e University (AeU)
- Asia Pacific University College of Technology &Innovation (Asia Pasific UCTI)
Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia
Tahukah anda ada 20 Universiti Awam di Malaysia? Tak tahu? Haaa... ni nak bagitahulah ya. Ada juga disertakan dengan pautan di setiap nama universiti di bawah logo setiap universiti awam tu untuk memudahkan anda akses secara terus kepada laman sesawang universiti awam tersebut. Terokalah sendiri ya! :)

Monday, November 30, 2015
Assalamualaikum
Salam perkenalan dan selamat datang ke blog Celik Kerjaya. Insha Allah blog ini akan memberikan info berguna berkaitan alat-alat pengukuran kerjaya, maklumat berkaitan kerjaya dan kepentingan mengapa perlu pengetahuan berkenaan kerjaya.
Pemerhatian saya secara kasar sebagai seorang guru kaunseling selama beberapa tahun mendapati perancangan kerjaya dan hala tuju kerjaya para pelajar kita amat menyedihkan. Jadi, terdapat keperluan untuk saya mengambil peluang ini untuk memberikan maklumat-maklumat penting berkaitan kerjaya sebagai agenda 'Buka Mata' untuk para pelajar selain platform untuk tugasan Kaunseling Kerjaya saya. Nantikan pos-pos saya berkaitan kerjaya kelak ya!
-Cikgu Aimi-

Subscribe to:
Posts (Atom)