Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kali ini saya nak beri maklumat berkaitan ujian kerjaya. Saya yakin dan percaya para pelajar menengah rendah terutamanya lepasan PT3 sudahpun menjalani ujian Psikometrik dan mendapatkan kod 3 mata Holland anda tu kan? Jadi, kita gunakan bahan secara interaktif. Kerana bahan ini saya dan rakan-rakan juga yang bangunkan pengisiannya tu.
Jika anda sudahpun mempunyai kod 3 mata Holland dan ingin menyemak pekerjaan yang sesuai dengan kod-kod yang anda dapati, anda boleh layari riasek.com.
Mudah saja. Klik pada link yang saya berikan itu dan anda akan dapat akses terus ke laman sesawang yang saya maksudkan. 'Interface' laman web tu lebih menarik kerana custom made..hehehehe... Anda boleh teroka semua senarai pekerjaan.
Untuk yang masih belum mempunyai kod 3 mata Holland, jangan sedih, jangan menangis. Saya sediakan juga link terus untuk anda menjawab secara atas talian ya. Tetapi ini versi Bahasa Inggeris. Jika anda tidak faham, anda boleh tinggalkan soalan di komen ataupun ruang chat di bahagian kanan blog ini ya. Insha Allah saya akan cuba jawab soalan-soalan anda secepat mungkin :)
Link SDS online disini. Terus tekan start ya..
thanks for this .,,
ReplyDelete